CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 25 April 2011

Proses membuat cendol

Untuk lebih memhami cendol, marilah kita tengok proses membuat cendol.

Bahan-bahan:
(1) 1 Cawan tepung beras
(2) 3 Cawan air pandan
(3) Secubit garam
(4) 1 Sudu kecil air kapur


Langkah-langkah:
1. Sedikan satu gelas plastik serta potongkan bahagian tepi seperti gambar berikut:

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacaukan.

3. Kacaukan semua bahan sehingga kental dan pekat seperti gambar ditunjukkan.

4. Selepas itu, tuangkan bahan itu ke dalam gelas yang telah dipotong tersebut.

5. Merebus bahan tersebut dengan air mendidih di dalam periuk.

6. Kacaukan selalu supaya tidak hangit.

7. Sediakan satu bekas berisi sejuk campur dengan pewarna hijau dan masukkan cendol yang teleh masak.

8. Selepas beberapa jam cendol akan mengembang dan sedia dihidangkan.

Inilah langkah-lankah untuk membuat cendol. Sesiapa yang berminat boleh mencuba masak di rumah.

Friday, 22 April 2011

Fly Over Cendol Pulut

Cendol Pulut? Cendol + Pulut= ?

Pernahkah anda rasa cendol pulut? Cendol pulut adalah sejenis pencuci mulut. Pada minggu yang lepas, kumpulan kami telah temu duga sebuah gerai cendol pulut- Fly Over Cendol Pulut. Gerai ini dinamakan Fly Over kerana ia berniaga di bawah jambatan. Gerai ini terletak di Changlun, Kedah. Gerai ini dinamakan oleh En. Abdul Mutalib Mat Isa (54 tahun), pemilik gerai ini. Gerai ini dekat dengan Bank Simpanan Nasional, kedai motor,kedai gunting rambut, hentian bus. Selain itu, depan gerai menyedia banyak parking lot untuk pelanggan.

Apabila kami sampai di gerai, Pn. Fazilah binti Ahmad (45 tahun) - isteri pemilik menyambut kedatangan kami dengan mesra. Selepas itu, kami tak sabar nak rasa cendol pulut. Beliau juga membuat cendol pulut untuk kami membuka selera.

Aktiviti utama gerai ini adalah menjual cendol. Terdapat 2 jenis cendol yang dijual seperti yang di bawah:
Cendol Pulut Special- RM3.50

Cendol Pulut Biasa-RM2.50


Cendol pulut special mengandungi cendol, sagu, jagung, pulut, lychee, buah kabung, santan, gula Melaka. Manakala, cendol biasa hanya ada cendol, jagung, gula Melaka, santan, pulut sahaja. Keistimewaan gerai ini adalah tidak mengunakan ais kisar tetapi memilih mengunakan ais ketul. Ini adalah kerana ais tidak mudah melebur.

Selain daripada cendol pulut, gerai ini juga menjual masakan panas dengan harga yang berpatutan. Contoh menu lain adalah seperti nasi ayam, mee udang, sup daging dan ayam, laksa, dan juga berbagai jenis nasi goreng.


Ini adalah menu masakan yang terdapat di gerai Fly Over Cendol Pulut Changlun
 
Nasi Ayam

 

Laksa



Nasi Goreng Kampung

* Inilah contoh gambar masakan di gerai Fly Over Cendol Pulut Changlun



Proses membuat Cendol
Untuk lebih memhami cendol, marilah kita tengok proses membuat cendol.

Bahan-bahan:
(1) 1 Cawan tepung beras
(2) 3 Cawan air pandan
(3) Secubit garam
(4) 1 Sudu kecil air kapur


Langkah-langkah:

1. Sedikan satu gelas plastik serta potongkan bahagian tepi seperti gambar berikut:
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacaukan.
3. Kacaukan semua bahan sehingga kental dan pekat seperti gambar ditunjukkan.
4. Selepas itu, tuangkan bahan itu ke dalam gelas yang telah dipotong tersebut.
5. Merebus bahan tersebut dengan air mendidih di dalam periuk.
6. Kacaukan selalu supaya tidak hangit.
7. Sediakan satu bekas berisi sejuk campur dengan pewarna hijau dan masukkan cendol yang teleh masak.
8. Selepas beberapa jam cendol akan mengembang dan sedia dihidangkan.


Inilah langkah-langkah untuk membuat cendol. Sesiapa yang berminat boleh mencuba masak di rumah.


Ini adalah gerai Fly Over Cendol Pulut Changlun

Gambar ini membuktikan sebab gerai itu dinama "Fly Over"

Masa Operasi: 11am-11pm (setiap hari)

Jika ingin tahu selanjut lagi, boleh hubungi pemilik Fly Over Cendol Pulut Changlun

En. Mutalib 017-5362202
En. Fuad    013-5339360


Flyover Cendol Pulut Changlun, 06010, Changlun, Kedah
    
Selepas sesi temu duga, kami dapat memahami menjalankan sesuatu peniagaan adalah tidak mudah. Ini memerlukan hasil titik peluh. Kami juga berasa gembira kerana dapat menikmati cendol yang begitu sedap serta mendapat layanan yang baik dari pemilik. Oleh itu, unggu apa lagi? Jom! Mari kita pergi gerai Fly Over Cendol Pulut bersama-sama.